Jaga SOP, ambil suntikan dan doa: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), mengambil suntikan vaksin dan sentiasa berdoa dijauhi Covid-19.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara kini berhadapan cabaran kritikal untuk memastikan penyebaran pandemik dapat dihentikan segera.

Ujarnya, peringatan itu turut ditujukan kepada jentera parti yang perlu memastikan jaminan kesihatan masing-masing jika berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara kini berhadapan cabaran kritikal untuk memastikan penyebaran pandemik dapat dihentikan segera.

Ujarnya, peringatan itu turut ditujukan kepada jentera parti yang perlu memastikan jaminan kesihatan masing-masing jika berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

"Saya ingin ingatkan semua, kita berdepan dengan situasi yang mencabar, pastikan jentera pilihan raya parti bebas daripada pandemik Covid-19.

"Petugas-petugas pilihan raya, jentera, petugas kempen, di pejabat kena pastikan semua sudah mengambil suntikan sebab jika berlaku jangkitan pada waktu itu, bayangkan... Mungkin satu peti undi tidak ada petugas kerana kita selalu bertugas bersama-sama. Bila seorang kena akan dijangkiti dengan yang lain.

"Pastikan kita mengambil suntikan sebagai persiapan kita," katanya semasa pelancaran kempen Jom Vaksin secara maya pada Sabtu.

Selain Tuan Ibrahim, antara panel lain adalah Ketua Muslimat Pas, Senator Nuridah Mohd Salleh; Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas Pusat (DHPP), Senator N Balasubramaniam dan Pengerusi Lajnah Kesihatan Pas Pusat, Dr Mohd Mazri Yahya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu kata Tuan Ibrahim, anak-anak perlu mengambil tanggungjawab memastikan ibu bapa yang tua mendapat suntikan vaksin.

Ujarnya, gambaran negatif terhadap vaksin juga perlu dielakkan selain harus diterangkan kepentingan pengambilannya.

Pada Jumaat, seramai 1,014,342 telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini.

Seramai 1,771,810 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,786,152.

Pada Sabtu, kes kematian harian akibat Covid-19 melonjak kepada 98 kes dalam tempoh 24 jam sekali gus tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu. - Astro Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!