Budak 11 tahun didakwa cetus kebakaran hutan

Kebakaran hutan tersebut menyebabkan dua bangunan yang tidak didiami musnah. - Foto Rob Schumacher/The Arizona Republic via AP
Kebakaran hutan tersebut menyebabkan dua bangunan yang tidak didiami musnah. - Foto Rob Schumacher/The Arizona Republic via AP
A
A
A

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berdepan beberapa tuduhan jenayah selepas didakwa menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan dua bangunan serta kerugian sebanyak AS$30,000 di Arizona, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Kanak-kanak tersebut berdepan tuduhan membakar harta benda dengan sengaja selain menyebabkan keadaan bahaya akibat tindakannya, kata Ibu Pejabat Daerah Polis Yavapai pada Sabtu.

Kebakaran hutan tersebut tercetus pada Sabtu minggu lepas di Camp Verde yang menyebabkan dua bangunan yang tidak didiami musnah, lapor portal berita ABC News.

Menurut saksi kejadian, tiga kanak-kanak dilihat bermain dengan pemetik api dan tin penyembur cat sebelum kebakaran tersebut tercetus, kata polis.

Siasatan mendapati suspek dengan sengaja menyebabkan kebakaran manakala dua rakannya lain cuba untuk memadamkan api berkenaan sebelum ia merebak ke kawasan yang lebih luas.

"Kami harap kanak-kanak berusia 11 tahun ini menyesal dengan perbuatannya itu.

"Anggota bomba terpaksa membahayakan nyawa mereka bagi memastikan penduduk dan masyarakat sekeliling selamat," kata Ketua Polis Yavapai dalam satu kenyataan. - Astro Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!