Iswardy Morni direman dua hari

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni direman dua hari berhubung kenyataan menerusi video secara langsung di YouTube yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Iswardy diberkas di rumahnya di Kajang dan direman bermula Ahad untuk membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

"Suspek berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam susulan laporan polis yang diterima.

"Setakat ini, pihak polis menerima sebanyak 18 laporan berkaitan video tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak itu dicari polis susulan satu video yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Video berkenaan mendapat kecaman netizen yang mengatakan tindakan Iswardy itu biadab dan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Video didakwa hina Agong: Iswardy Morni ditahan polis

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!