SOP 'total lockdown' diumum petang ini
KUALA LUMPUR - Perincian prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) akan diumumkan dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO), petang ini.
Pengumuman itu akan dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jam 5 petang.
Sidang media berkenaan dijangka mengumumkan SOP 'total lockdown' yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.
Pejabat Perdana Menteri berkata, menerusi 'total lockdown' itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
ARTIKEL BERKAITAN: Total lockdown di seluruh negara bermula 1 Jun
ARTIKEL BERKAITAN: 'Total lockdown' dua minggu tidak memadai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!