Murid cemerlang UPSR mahu kuasai tujuh bahasa
KUALA TERENGGANU - Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin yang berjaya mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ingin menguasai tujuh bahasa.
Perkara itu didedahkan melalui status yang dimuat naik Hazlina Hassan di laman sosial Facebooknya, hari ini.
Menerusi kenyataan yang ditulis, Hazlina, Damia Alexandria Zakri merupakan satu-satunya pelajar Melayu di Terengganu yang mendapat 8A bagi UPSR 2018.
Status itu turut mendapat komen daripada kenalan yang turut mengucapkan tahniah kepada Hanoryati Hassan yang merupakan ibu kepada Damia Alexandria.
Membalas ucapan tahniah daripada Nia Athirah, Hazlina mengakui, Damia Alexandria mula fasih membaca sejak berusia tiga tahun.
Selain itu, katanya, pada usia lima tahun Damia telah menguasai Bahasa Inggeris dan menguasai bahasa Cina ketika berusia enam tahun.
"Damia menjadikan pencapaian akademik bapanya sebagai contoh. Ayah dia ada master, Damia pun ingin cipta kejayaan lebih dari itu.
"Damia Alexandria bercita-cita ingin menguasai tujuh bahasa," katanya.
Damia memperoleh 8A bagi dua kertas pemahaman dan penulisan untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Selain itu, Damia Alexandria turut mendapat A bagi Matematik dan Sains.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!