Kanak-kanak meninggal dunia disyaki didera

Othman
Othman
A
A
A

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dipercayai mangsa dera meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Rumbia,Pekan, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa Muhammad Hafiz Abdullah yang tidak sedarkan diri dibawa ke klinik berkenaan oleh ibubapanya untuk menerima rawatan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Pemeriksaan awal doktor dapati mangsa disyaki didera apabila terdapat kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAA) di sini untuk proses bedah siasat,"katanya.

Othman berkata, susulan kejadian, ibu mangsa berusia 25 tahun dan bapa tiri, 54 ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal polis setakat ini mendapati bapa tirinya mengaku ada memukul mangsa pada hari kejadian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!