Budak tiga tahun maut terhidu asap kebakaran

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan maut dalam timbunan baju di sebuah bilik dipercayai akibat lemas kerana terhidu asap selepas rumah didiaminya di Kampung Teluk Pelandok di sini musnah dalam kebakaran pada pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 11.52 pagi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumah jenis separuh kekal berstruktur batu-bata dianggarkan berkeluasan 30x50 kaki persegi itu telah 80 peratus terbakar.

“Ketika kejadian kami dimaklumkan ada enam orang dalam rumah termasuk mangsa iaitu ibu, datuk dan nenek serta dua lagi adik beradik mangsa. Kelima-lima mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak perasan kanak-kanak berkenaan tiada bersama mereka ketika itu.

“Pada masa itu susulan api yang semakin marak, ia menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke rumah untuk mencarinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Kamal berkata, kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira jam 12.20 tengah hari dengan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan pada 1.55 tengah hari.

Menurutnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!