Tok Mat kemuka Notis Rayuan
Mohamad ketika sidang media di Bangunan Umno negeri, hari ini.
A
A
A
Notis tersebut dikemukakan melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Katanya, setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan, beliau telah membuat keputusan untuk merayu terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim yang mengisytiharkan keputusan PRU14 bagi kerusi N27 Rantau terbatal.
"Keputusan untuk merayu dibuat setelah meneliti alasan penghakiman yang diberikan secara lisan dan juga selepas nasihat yang diterima daripada peguam demi mempertahankan kerusi Dun Rantau.
[ARTIKEL BERKAITAN: Petisyen Dun Rantau: Tok Mat masih bincang]
"Rayuan ini juga adalah kesinambungan daripada rayuan yang dibuat oleh SPR dan Pegawai Pengurus bagi Rantau, Amino Agos yang telah memfailkan Notis Rayuan pada 28 November lalu.
"Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan ini telah difailkan pagi tadi sebelum tempoh 14 hari untuk memfailkan notis akhir yang mana akan berakhir hari esok," katanya pada Sidang Media di Bangunan Umno di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Adun Rantau berkata, rayuan ini juga untuk membebaskannya daripada sebarang dakwaan salah laku terhadapnya semasa hari penanaman calon pada PRU14 lepas.
"Keputusan ini adalah demi kepentingan terbaik pengundi-pengundi di Dun Rantau dan juga sebagai benteng untuk mempertahankan posisi saya selaku Adun Rantau," katanya.
Terdahulu, pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dun Rantau pada PRU 14 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu PRK diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.
Petisyen ke atas kerusi Dun Rantau difailkan oleh ahli PKR Dr. S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!