Solusi kepada masyarakat terkesan

 Marhaini Yusoff
Marhaini Yusoff
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melancarkan program Family & Employee Assistance Programmes (FEAPs) dengan tema ‘ALLAH Menyayangimu’.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program itu diperkenalkan bagi menjadikan al-Quran sebagai solusi pengurusan sumber manusia kepada keluarga dan pekerja yang terkesan dengan pelbagai isu hari ini.

“Kami prihatin dengan petugas barisan hadapan serta sistem sokongan yang ada serta keluarga yang terbabit. WUIF dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd (ASISB) membawa misi FEAPs untuk menjadikan al-Quran sebagai solusi dalam kehidupan.

“Melalui FEAPS, ayat-ayat al-Quran pilihan dijadikan sebagai suntikan semangat dan solusi kepada ketakutan, kerisauan atau apa jua masalah yang menjadi beban sehingga menjejaskan prestasi di syarikat dan organisasi.

“Kami yakin al-Quran menjadi Pengajaran, Penawar, Petunjuk dan Rahmat (3P 1R),” katanya kepada Sinar Harian.

Pada peringkat permulaan, katanya, WUIF dan ASISB menawarkan sesi Breakfast Talk atau Coffee Talk selama 60 minit hingga 90 minit secara atas talian kepada organisasi yang telah mengaktifkan Quran Corner di bawah agihan hampir 200,000 wakaf al-Quran di seluruh negara.

“WUIF menguruskan Quran Corner, manakala pengisiannya dibawakan oleh ASISB yang mengendalikan sesi dan latihan berasaskan ilmu wahyu. Selain sesi Breakfast Talk, WUIF melalui ASISB juga mengendalikan program Bina Legasi ke Syurga.

“Sehingga kini, sebanyak 528 organisasi yang telah menerima wakaf al-Quran daripada orang ramai dan mengaktifkan #QuranCorner di tempat masing-masing.

Artikel Berkaitan:

“WUIF mensasarkan 6,000 Quran Corner yang melibatkan Sahabah Al-Quran dan Rumah Ngaji di seluruh negara dalam misi misi #SavingFamilies, #SavingLegacy & #SavingTheNation,” katanya.

No Image Caption

Sementara itu, Pengarah Urusan ASISB, Fazrul Ismail berkata, kempen Wakaf Al-Quran yang diuar-uarkan melalui program My #QuranTime mendapat sambutan daripada orang ramai dalam dan luar negara.

“Sumbangan al-Quran terjemahan wakaf tersebut menjadi akses kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal. Melalui al-Quran wakaf, Quran Corner diwujudkan di semua lokasi penerima.

“Pada masa sama, FEAPs sebagai program sokongan membantu warga kerja, keluarga dan masyarakat untuk memanfaatkan al-Quran sebagai sumber ilmu dan kemahiran dalam menghadapi pelbagai cabaran hari ini,” katanya yang juga Ketua Pegawai Penyelidik WUIF.

Projek Wakaf Al-Quran menyasarkan kepada beberapa segmen iaitu Wakaf dan infak al-Quran dalam bentuk mushaf dan terjemahan; Mewujudkan Quranic Valley (Lembah al-Quran) melalui Pembangunan dan Penyelidikan al-Quran untuk tujuan tadabbur dan tazakkur di pelbagai peringkat ekosistem; Infak dan wakaf media bagi penyebaran kefahaman al-Quran melalui platform TV dan digitial; Latihan pembangunan jurulatih tadabbur al-Quran untuk pelbagai golongan masyarakat; Pemerkasaan kempen berteraskan interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal; dan Pemberdayaan Sahabah al-Quran yang menyumbang kepada misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah.

Organisasi dan orang ramai dialu-alukan menyertai program FEAPs dan mengaktifkan #QuranCorner di tempat masing-masing dengan menghubungi 017-3760265/019-3556230.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!