Lebih 1,000 janin ditemui dalam peti ais
HANOI- Lebih 1,000 janin manusia ditemui dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini.
Perkara itu terbongkar setelah pihak polis menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu.
Memetik laporan akhbar Kinh te & Do Thi, polis telah menahan empat lelaki dan hasil pemeriksaan mendapati beg hitam itu mengandungi janin manusia.
Pihak polis turut menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg hitam.
Walaupun kes tersebut tidak berunsur jenayah, tetapi pihak berkuasa tempatan berkata, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.
Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia, menurut laporan rasmi kesihatan.
Sebanyak 14 kes pengguguran janin dalam 100 kelahiran pada 2018 direkodkan. Antara sebab pengguguran dilakukan adalah kerana pemilihan jantina bayi selain kekurangan pendidikan seksual.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!