Pematuhan SOP di Jalan Bukit Bintang
Orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka di tempat awam ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang hari ini.
Bermula esok, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!