China benarkan setiap pasangan miliki tiga anak

China melonggarkan dasar seorang anak pada 2015. - Foto AP
China melonggarkan dasar seorang anak pada 2015. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - China akan membenarkan pasangan untuk memiliki tiga anak sebagai sebahagian usaha menangani krisis penduduknya yang semakin tua, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Xinhua pada Isnin.

Rancangan baharu itu diperkenalkan dalam mesyuarat Politburo, sebuah badan pembuat keputusan utama Parti Komunis China.

Menurut bancian terkini, 18.7 peratus penduduk di China berusia lebih 60 tahun pada akhir 2020.

China melonggarkan dasar seorang anak pada 2015 dengan membenarkan pasangan mempunyai dua anak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!