Menteri, timbalan tidak ambil tiga bulan gaji
SHAH ALAM- Menteri dan timbalan menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini sebagai tanda sokongan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gaji tersebut tidak akan diambil dan akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.
“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021,” katanya ketika berucap pada Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!