Video tular: Pemandu langgar penunggang motosikal ditahan

Rakaman kejadian kemalangan di Jalan Rambai Kota Masai yang tular di media sosial.
Rakaman kejadian kemalangan di Jalan Rambai Kota Masai yang tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu Perodua Axia yang dikatakan melanggar seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Taman Kota Masai seperti tular di media sosial sudah ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kota Masai pada jam 5.30 petang.

"Kemalangan pada jam 2 petang itu dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dari arah bertentangan telah memasuki laluan penunggang motosikal yang datang dari arah Kota Masai 2, lalu melanggarnya.

"Akibat daripada pelanggaran penunggang motosikal berusia 34 tahun telah cedera parah patah di bahagian kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Sohaimi, berdasarkan siasatan awal pemandu Perodua Axia terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan melanggar penunggang motosikal itu.

"Pemandu itu didapati tiada lesen memandu. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!