Lukaku paling bernilai di Serie A

Romelu Lukaku melabuh tirai saingan liga Itali dengan perkhabaran gembira apabila dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Serie A, anugerah berprestij liga musim ini.
Romelu Lukaku melabuh tirai saingan liga Itali dengan perkhabaran gembira apabila dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Serie A, anugerah berprestij liga musim ini.
A
A
A

PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku melabuh tirai saingan liga Itali dengan perkhabaran gembira apabila dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Serie A, anugerah berprestij liga musim ini.

Peledak Belgium itu telah menjaringkan 24 gol dan 11 bantuan gol, sekaligus membantu gergasi Itali tersebut membawa pula kejuaraan Serie A ke San Siro buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo dipilih sebagai Penyerang Terbaik selepas meledak 29 gol dalam 33 penampilan buat sekaligus menewaskan Lukaku yang berkedudukan kedua (24 gol) dan Zlatan Ibrahimovic (15 gol).

Pemain Fiorentina, Dusan Vlahovic pula menerima anugerah Pemain Bawah 23 Tahun Terbaik manakala penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma muncul Penjaga Gol Terbaik selepas mengekalkan 14 clean sheets untuk kelab itu musim ini.

Sementara itu, pertahanan terbaik pula milik tonggak Atalanta, Cristian Romero manakala Nicolo Barella muncul pemain tengah terbaik sekaligus menemani Lukaku dalam senarai pemenang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!