Raja Ema tak minat lelaki muda, suami orang

Raja Ema
Raja Ema
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Raja Ema mengakui kegagalan rumah tangga sebelum ini membuatkan dia lebih cerewet apabila bercakap soal untuk berkahwin lagi.

Anak kepada Allahyarham seniwati Yusni Jaafar ini memberitahu, biarpun ada yang mendekati, namun buat masa ini, dia lebih selesa sendiri, menguruskan kerjaya dan bersama dengan anak tercinta.

"Yang mendekati memang ada, tapi suami orang, tak mahulah saya. Kalau boleh saya memang elak suami orang. Begitu juga dengan lelaki muda, saya tak berapa berkenan.

"Selepas apa yang dilalui, bagi saya kalau boleh saya tak mahu cari masalah lagi. Jadi single ini seronok juga, boleh buat benda-benda yang kita suka.

"Anak pun dah besar, jadi soal pasangan bukan lagi keutamaan. Cuma saya tak mahulah cakap besar, soal jodoh pertemuan itu semua sudah ALLAH SWT tentukan.

"Cuma selepas apa yang dilalui, saya memang cerewet, kita dah ada pengalaman, jadi kita tahu apa yang kita mahu," ujarnya.

Terbaharu mengenai Raja Ema, dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul I D Cintamu.

Katanya, lagu ini mempunyai rentak sama seperti lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan dan secara tidak langsung bersesuaian untuk didengari oleh peminat lama dan baru.

Artikel Berkaitan:

"Kalau kita lihat sekarang, pendengar kembali menyukai lagu-lagu 80-an, jadi sebab itu saya pilih lagu yang akan mengimbau kembali lagu-lagu saya sebelum ini.

"Cuma ada kelainan dari konsepnya dan sesuai didengari oleh peminat lama dan baharu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!