Jangan akses CIMS MITI sehingga kod siap

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemilik syarikat sektor pengurusan fasiliti dan harta diminta tidak mengakses sistem Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ketika ini kerana MITI sedang menyediakan kod untuk sektor tersebut yang dijangka siap selewat-lewatnya pada Selasa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah urusan penyediaan kod tersebut siap.

“Langkah berkenaan juga bertujuan mengurangkan kesesakan trafik pelayar disebabkan tahap akses terlalu tinggi ketika ini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sektor pengurusan fasiliti dan harta adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa MITI akan bertindak sebagai kementerian pusat bagi memproses permohonan syarikat perkhidmatan perlu untuk beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh mulai Selasa hingga 14 Jun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!