Pasar raya lengang, peniaga bimbang

Jumlah pengunjung berkurang sebanyak 60 peratus pada hari pertama sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa.
Jumlah pengunjung berkurang sebanyak 60 peratus pada hari pertama sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Suasana pasar raya yang sebelum ini dipenuhi pengunjung bertukar suram pada hari pertama 'total lockdown' dilaksanakan di seluruh negara.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya sekitar Kota Kemuning, di sini pada Selasa mendapati, jumlah pengunjung berkurangan sekitar 60 peratus berbanding hari-hari sebelumnya.

Selain itu, penutupan gerai-gerai pakaian, butik kecantikan, kedai elektronik dan kedai kasut menambahkan suasana sepi di dalam pasar raya tersebut.

Salah seorang pekerja di kaunter khidmat pelanggan di pasar raya yang ingin dikenali sebagai Syura berkata, jumlah pengunjung dilihat tidak sepadat hari-hari sebelumnya walaupun pada waktu pagi ketika pasar raya tersebut dibuka pada jam 9 pagi.

Dakwanya, ia mungkin disebabkan oang ramau sudah mendapatkan barangan keperluan pada hujung minggu lalu sebelum ‘total lockdown’ dilaksanakan bermula Selasa.

Gerai pakaian antara yang ditutup di sebuah pasar raya di Kota Kemuning, Shah Alam.
Gerai pakaian antara yang ditutup di sebuah pasar raya di Kota Kemuning, Shah Alam.

“Biasanya pasar raya di sini dipenuhi pengunjung pada awal pagi sebab mereka nak dapatkan barangan mentah segar seperti ikan, sayur dan sebagainya.

“Tapi mungkin sebab kerajaan dah umum 'total lockdown’ tempoh hari, mereka pun beli barangan lebih awal, jadi pengunjung hari ini berkurangan dengan drastik,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, salah seorang peniaga makanan ringan yang ingin dikenali sebagai Raihan berasa risau dengan jumlah pengunjung yang berkurang kerana ia boleh memberi kesan pada perniagaannya.

Bagaimanapun, dia akan cuba mencari jalan lain untuk menarik pelanggan datang ke gerainya kerana penutupan gerai-gerai lain di sekitarnya boleh menjadi batu loncatan untuk meningkatkan jualan hariannya.

“Sudahlah banyak gerai tutup, kawasan gelap sebab kurang pasang lampu, saya risau orang tak datang ke gerai saya.

“Tapi sebab gerai lain tutup, saya cuba gunakan peluang ini untuk tarik pelanggan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, salah seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Halim berasa lega dan tenang untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya tersebut.

Premis kecantikan diri dan spa antara perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang 'total lockdown'.
Premis kecantikan diri dan spa antara perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang 'total lockdown'.

Dia yang kini bekerja dari rumah (BDR) bermula Selasa mengambil peluang untuk berkunjung ke pasar raya kerana tidak mahu bersesak dan beratur panjang untuk masuk ke pasar raya seperti yang dilaporkan pada hujung minggu lalu.

“Baguslah pasar raya tak sesak macam hujung minggu hari itu, saya nak datang sini pun takut sebab terpaksa bersesak dengan orang lain.

“Sekarang ini orang pun dah tak ramai, mudahlah sedikit nak beli barang. Tak perlu beratur pun,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!