Berita pesakit Covid-19 lari dari HRPZ II palsu
KOTA BHARU - Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, dakwaan seorang pesakit Covid-19 melarikan diri dari hospital itu pada Selasa yang tular di laman media sosial merupakan berita palsu.
“Penyebaran berita berkenaan adalah tidak benar. Hasil semakan butiran individu yang didakwa melarikan diri itu juga tiada dalam rekod kemasukan pesakit,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dr Selasawati turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Pada Selasa tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai seorang pesakit wanita yang didakwa melarikan diri dari Wad 8 iaitu wad pesakit Covid-19 di HRPZ II. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!