Menteri Uganda terselamat cubaan bunuh
KAMPALA - Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Uganda cedera dalam insiden serangan yang turut mengorbankan anak perempuan dan pengawal peribadinya pada Selasa.
Jurucakap kerajaan, Chris Baryomunsi berkata, Jeneral Edward Katumba Wamala diserang ketika sedang memandu di Kampala.
"Kejadian itu dipercayai sebagai cubaan bunuh yang menyasarkan Wamala. Anak perempuan dan pengawal peribadinya maut di lokasi kejadian. Beliau telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Siasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti dalang dan motif serangan tersebut," ujarnya.
Sementara itu, saksi memaklumkan empat lelaki bertopeng menaiki dua motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan bekas ketua tentera terbabit.- AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!