Angka kematian kebakaran bangunan di Dhaka meningkat 69
DHAKA - BANGLADESH . Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian susulan kebakaran bangunan kediaman di Chawkbazar, Dhaka semalam, mencecah 69 orang.
Pegawai Operasi Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Dhaka, Mahfuz Riben berkata, angka kematian meningkat susulan ramai mangsa yang terperangkap dalam bangunan.
"Pasukan kami masih berada di lokasi kejadian dan menemukan ramai mangsa dalam keadaan rentung teruk.
"Ini merupakan saat getir buat semua," kata Riben sambil menambah kesemua mayat yang ditemui telah dibawa ke rumah mayat hospital.
Dalam pada itu, pihak bomba mengambil masa lebih kurang sembilan jam bagi mengawal kebakaran melibatkan bangunan kediaman yang sebahagiannya digunakan sebagai gudang menyimpan bahan kimia itu.- AP
ARTIKEL BERKAITAN: 60 maut kebakaran bangunan di Dhaka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!