Ancelotti ganti Zidane

Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti
A
A
A

PENGURUS Everton, Carlo Ancelotti meninggalkan Goodison Park selepas semusim untuk kembali semula ke Real Madrid, setelah mengemudi The Toffees di kedudukan ke-10 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengendali dari Itali tersebut sebelum ini pernah bersama Real dari 2013 hingga 2015, memacu Los Blancos menjulang kejuaraan ke-10 trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Atletico Madrid di Lisbon pada 2014.

Kini pengendali berusia 61 tahun kembali semula ke Madrid untuk kali kedua menggantikan Zinedine Zidane yang meninggalkan gergasi Sepanyol tersebut selepas saingan La Liga berakhir minggu lalu.

Media Sepanyol melaporkan sebelum ini bahawa Ancelotti merupakan antara calon pilihan untuk kembali mengemudikan Real Madrid yang mengakhiri saingan musim ini tanpa sebarang kejuaraan.

Kini calon terbaik mengisi kekosongan ditinggalkan Ancelotti adalah pengurus West Ham United, David Moyes yang sebelum ini pernah 11 tahun berbakti di Goodison Park selain bekas pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo dan bekas pengurus Bournemouth, Eddie Howe.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!