82,341 bayi dan kanak-kanak dijangkiti

No Image Caption
A
A
A

MEMANG Awang terkejut besar. Awang tak fikir selama ini ada pengumuman mengenai jumlah jangkitan Covid-19 di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Memang kita dengar ada kanak-kanak dan bayi dijangkiti. Sekolah tutup oleh sebab ada kluster di sekolah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada dua hari lepas umumkan data yang sangat menakutkan itu sejak wabak ini bermula.

Seramai 82,341 bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti wabak ini. Jikalau kita teliti angkanya, tambah membimbangkan.

Terdapat sejumlah 19,851 kes membabitkan bayi dan kanak-kanak dari 0 hingga empat tahun. Bagi mereka yang di antara umur lima hingga enam tahun terdapat 8,237 kes.

Di antara tujuh hingga 12 tahun pula terdapat 26,851 dan di antara 13 hingga 17 tahun (remaja) terdapat 27,402 orang.

Awang rasa, maklumat ini patut membuka mata semua pihak. Terutamanya ibu bapa. Bayi dan kanak-kanak mesti dilindungi dari jangkitan ini.

Selama ini, kita dengar risiko terhadap warga emas tetapi sekarang kita tahu bahaya Covid-19 bagi bayi dan kanak-kanak dan remaja.

Pada pandangan sesetengah pakar, salah satu punca jangkitan ialah keadaan kehidupan rakyat sendiri. Ramai yang tinggal di kawasan sesak dan rumah yang sempit terutama di bandar. Faktor aliran udara atau ventilation juga khabarnya boleh mempengaruhi.

Artikel Berkaitan:

Wabak itu dedahkan juga dispariti atau perbezaan pendapatan yang ketara di antara rakyat di negara ini.

Ia juga satu pengajaran penting bagi kerajaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!