Kenapa bazirkan duit?

Anggota JBPM mempergiatkan kerja-kerja sanitasi bagi membendung penularan Covid-19 di sekitar Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. - Foto Bernama
Anggota JBPM mempergiatkan kerja-kerja sanitasi bagi membendung penularan Covid-19 di sekitar Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. - Foto Bernama
A
A
A

AWANG rasa pelik juga mengapa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersungguh-sungguh nak buat operasi sanitasi awam di seluruh negara. Banyak pihak suarakan bantahan pada rancangan itu.

Orang pertama yang anggap operasi itu membazir duit ialah pakar penyakit berjangkit, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Beliau yang juga ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) anggap peruntukan bagi tujuan itu sepatutnya disalurkan pada sumber lain.

Melalui akuan Twitter beliau, Dr Adeeba berkata, sepatutnya diutamakan peruntukan beli peralatan perlindungan diri (PPE), kanula hidung aliran tinggi (HFNC), alat pengalih udara (ventilator) atau sediakan makanan untuk sukarelawan.

Banyaklah pihak yang menyokong beliau. Beberapa orang pakar dalam bidang perubatan dan sanitasi juga bersetuju itu bukan cara yang terbaik.

Ada yang berpandangan bahawa pasukan bomba dan penyelamat patut tumpu pada kerja hakiki mereka bukan buat sanitasi awam seperti itu.

Pada pendapat Awang, Kementerian berkenaan patut dengar nasihat pakar. Orang seperti Dr Adeeba tentu lebih tahu.

Apakah dengan menyembur jutaan gelen bahan sanitasi di jalan dan di dinding akan menyelesaikan masalah penyebaran?

Artikel Berkaitan:

Setahu Awang, virus Covid-19 ini berada di udara bukan di jalan atau dinding.

Dalam peperangab ini, keutamaan patut ada. Malaysia dah jadi negara yang catat kes per kapita tertinggi di Asia. Tak sedar lagikah?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!