Malaysia kemuka nota bantahan 16 pesawat China ceroboh ruang udara

TUDM mendedahkan pihaknya mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada Isnin.
TUDM mendedahkan pihaknya mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China ekoran pencerobohan 16 pesawat tentera negara itu di ruang udara Zon Maritim Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga akan memanggil Duta Besar China di Malaysia untuk memberi penjelasan mengenainya.

“Saya juga akan menyampaikan keprihatinan serius Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawat di China. Pendirian Malaysia jelas, mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermaksud kita akan menjejaskan keselamatan negara kita.

"Malaysia tetap teguh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya dalam kenyataan itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 pesawat tentera udara China masuk Zon Maritim Malaysia

Pada Isnin, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dilaporkan berkata penerbangan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Selasa.
Kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Selasa.

Menurutnya, pesawat bekenaan dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

"Formasi panjang itu juga terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

"Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!