Kilang sabun, syampu musnah terbakar
SHAH ALAM - Sebuah bangunan kilang membuat sabun dan syampu di Seksyen U15 di sini musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang Selasa, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata sebuah lagi bangunan kilang syarikat tersebut turut mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus.
Beliau berkata kebakaran kilang yang berkeluasan 20x20 kaki per segi setiap satu itu walau bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
"JBPM menerima panggilan pada 5.06 petang dan kami sampai ke lokasi pada 5.16 petang dan balai yang terlibat dalam operasi pemadaman adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!