Dua maut van bawa pengawal keselamatan terbabas

Seorang pemandu warga tempatan dan pengawal keselamatan warga Nepal maut selepas van dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Stulang Laut di sini pada Rabu.
Seorang pemandu warga tempatan dan pengawal keselamatan warga Nepal maut selepas van dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Stulang Laut di sini pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu warga tempatan dan pengawal keselamatan warga Nepal maut selepas van dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Stulang Laut di sini pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 7.45 pagi itu, van berkenaan yang membawa sembilan pengawal keselamatan warga Nepal dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik serta seorang daripada mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Pegawai Bomba 1, Mohd Suhaimi Abd Jamal berkata, pemandu van tersepit di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi mangsa yang maut iaitu penumpang hadapan tercampak keluar manakala tiga mangsa cedera parah dan lima lagi cedera ringan.

Katanya, seramai 12 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhimatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian. "Mangsa cedera parah dalam kemalangan melibatkan van jenis Toyota Hiace itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Mangsa meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi tamat kira-kira jam 9.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!