Dron terhempas dalam gunung berapi ketika buat rakaman
KETIKA merakam gunung berapi aktif di Iceland, sebuah dron tiba-tiba terhempas dan terus hilang.
Joey Helms sedang membuat rakaman itu di gunung berapi Fagradalsfjall, apabila dron miliknya tiba-tiba terhempas di saat ia berada di kawah gunung berapi tersebut.
Rakaman tersebut dibuat pada 24 Mei lepas dan memaparkan pemandangan yang jarang dapat dilihat.
Ketika ditemui The National, Helms berkata ia amat sukar mengendalikan sebuah dron di gunung berapi yang aktif akibat gas panas serta asap tebal yang dilepaskan.
Gunung berapai Fagradalsfjall terletak di lembah Geldingadalir, kira-kira 40 km dari ibu kota Reykjavík.
Ia mula memuntahkan lahar pada 19 Mac lalu dan ia masih aktif sehingga hari ini.
Rakaman tersebut telah dimuat naik ke akaun YouTube miliknya pada 26 Mei lepas dan sehingga kini telah mendapat sebanyak 150,664 tontonan.
Sebelum ini, rakaman seorang pengguna bernama Bjorn Steinbekk yang memaparkan gunung berapi sama tular dan dikongsi di beberapa akaun media sosial. - Astro Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!