Temui ajal selepas beri makan kambing biri-biri

Mayat dijumpai ditutup dengan kain batik dan payung dalam kejadian di kaki lima berhampiran tangki air di persimpangan lampu isyarat sebuah kompleks beli-belah di Lembah Sireh, Kota Bharu pada Rabu.
Mayat dijumpai ditutup dengan kain batik dan payung dalam kejadian di kaki lima berhampiran tangki air di persimpangan lampu isyarat sebuah kompleks beli-belah di Lembah Sireh, Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas yang keluar rumah untuk memberi makan kambing biri-birinya ditemui mati di kaki lima berdekatan tangki air di persimpangan lampu isyarat sebuah kompleks beli-belah di Lembah Sireh di sini, pada tengah hari Rabu.

Mayat lelaki berkenaan, Ramli Sulaiman, 69, yang memakai baju T berkolar berwarna putih, berseluar warna biru gelap dan memakai topi warna merah itu ditemui pada jam 12.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mayat dalam keadaan tertiarap dijumpai oleh seorang penghantar makanan Foodpanda yang kebetulan menunggang motosikal melalui jalan itu.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas tubuh mayat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan tiada unsur jenayah.

“Menurut isterinya, lelaki tersebut keluar berjalan kaki pada jam 10.30 pagi untuk memberi makan kambing biri-biri peliharaannya dan ditemui dalam jarak 50 meter dari rumah mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, arwah mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu urusan membawa mayat ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, di sini, bagi pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini kes diklasifiksikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!