Korea Selatan tawar peralatan marin kepada Indonesia
SEOUL - Korea Selatan akan menawarkan satu set peralatan marin kepada Indonesia dalam bentuk bantuan pembangunan rasmi (ODA), lapor Agensi Berita Yonhap pada Rabu.
Peralatan bernilai 1.1 bilion won (AS$990,000) itu termasuk kapal penyelidikan seberat 12 tan, menurut Kementerian Laut dan Perikanan.
Bekalan lain termasuk alat multibeam echosounder, yang digunakan untuk memetakan dasar laut.
Pada 2019, Korea Selatan melancarkan projek empat tahun bernilai 5 bilion won untuk menjalankan penyelidikan laut di Cirebon, 220 kilometer di timur Jakarta.
Kapal penyelidikan itu sebelumnya digunakan dalam operasi pencarian setelah nahas pesawat dekat perairan Jakarta pada Januari, yang meragut 62 nyawa. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!