"Saya dah tutup pintu depan tapi...", status Ismail Sabri curi tumpuan
SHAH ALAM - Kemas kini status Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Instagramnya beberapa jam lalu mencuri perhatian pengguna alam maya.
Melalui hantaran tersebut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menulis "Saya dah tutup pintu depan tapi..." yang turut disertakan dengan emoji sedih di laman sosial beliau itu.
Hantaran tersebut yang turut disertakan sekeping gambar beliau menutup pintu pejabat menteri turut mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Walaupun status tersebut tidak dijelaskan secara terperinci, ramai warganet mendoakan, memberi sokongan dan meminta Ismail Sabri tabah berdepan dengan tugas beliau.Sesetengahnya pula dilihat seolah-olah mengaitkan status tersebut dengan isu pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pengumuman kerajaan berhubung Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan berkuat kuasa pada Selasa.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut menerima lebih 22,000 sukaan di Instagramnya.
Sebelum ini, Ismail Sabri turut mendapat perhatian warganet dengan pakaian dipakai beliau setiap kali muncul di sidang media.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!