Enam individu termasuk pemilik premis dikompaun

Tindakan penguatkuasaan dijalankan di sebuah premis makanan di sebuah kompleks di sini.
Tindakan penguatkuasaan dijalankan di sebuah premis makanan di sebuah kompleks di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Padah menjamu selera di dalam sebuah premis, enam individu termasuk pemilik premis berkenaan dikenakan kompaun dalam pemantauan yang dijalankan di sebuah kompleks di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata kesemua mereka dikenakan tindakan kompaun kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam operasi dijalankan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati lima pelanggan sedang menjamu selera di premis tersebut dengan melanggar arahan SOP PKP (tidak dibenarkan dine - in di premis makan).

"Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 16 P.U (A) 243/2021 (PKP)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kompaun sebanyak RM 20,000 telah dikeluarkan mengikut pecahan RM 10,000 kepada pemilik premis manakala RM 2,000 kepada setiap pelanggan.

"Pemeriksaan seperti ini akan terus giat dilakukan dari semasa ke semasa.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP demi memastikan usaha memutuskan rantaian Wabak Covid-19 ini berjaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!