Perlu banyak membaca sebelum komen

No Image Caption
A
A
A

BARU tiga hari pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown fasa satu di seluruh Malaysia bagi tempoh dua minggu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021, namun masih terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati.

Ruangan komen platform digital media tempatan menjadi sasaran segelintir netizen melemparkan kritikan yang tidak bijak, tidak sensitif dan seperti tidak membaca.

Masih ada yang mempertikaikan pembukaan kompleks beli-belah sedangkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan mengenai SOP tersebut.

Beliau berkata, kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan serta minuman dan keperluan asas. Jika pengumuman menteri didengar dan dibaca dengan teliti, sudah pasti tidak akan terbit komen yang menguji kesabaran itu.

Selain itu, semua operasi lain ditutup sepenuhnya kecuali 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi termasuk bank, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kurier.

Sudah sampai masanya, masyarakat terutama institusi kekeluargaan memainkan peranan memberi pendidikan dan pendedahan mengenai isu semasa kepada ahli keluarga.

Mungkin bukan semua rakyat atau netizen Malaysia bersikap sedemikian tetapi tindakan segelintir individu inilah yang akan menyebabkan individu lain terikut-ikut sikap negatif itu.

Jika perkara tersebut tidak diperbetulkan, bimbang ia akan menjadi tabiat, seterusnya membarah dalam kalangan masyarakat dan budaya kita.

Artikel Berkaitan:

Seperkara lagi, kerajaan terpaksa mengetatkan syarat rentas negeri untuk bekerja kerana ada segelintir individu menyalahgunakan surat kerja untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri pada Syawal lalu.

Mulai 1 Jun, surat kebenaran bekerja dan merentas daerah hanya dikeluarkan oleh kementerian berkaitan.

Fahami SOP total lockdown PKP 3.0 dan berhenti menjadi warganegara yang tidak memainkan peranannya.

Bantulah barisan hadapan menyelamatkan kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya kes Covid-19 tidak terkawal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!