Operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala 402 ditamatkan

Kapal selam KRI Nanggala 402 tenggelam di perairan Bali sehingga mengorbankan 53 nyawa dalam kejadian April lalu. - Agensi
Kapal selam KRI Nanggala 402 tenggelam di perairan Bali sehingga mengorbankan 53 nyawa dalam kejadian April lalu. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menamatkan operasi mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam di perairan Bali sehingga mengorbankan 53 nyawa dalam kejadian April lalu.

Kapal selam berusia 40 tahun buatan Jerman itu terputus hubungan selepas meminta kebenaran untuk menyelam ketika sesi latihan torpedo, lapor Reuters.

Namun ia ditemukan dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian pada kedalaman lebih 800 meter dan usaha mengeluarkan bangkai kapal selam dilaksanakan.

Bagaimanapun, pada Rabu, jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono berkata, operasi itu sudah tamat sambil menambah kapal selam itu 'bersemadi' di dasar laut.

ARTIKEL BERKAITAN: KRI Nanggala 402 tenggelam

KRI Nanggala 402 ditemui terbelah tiga

Beliau berkata, pasukan gabungan Indonesia-China menyelam sebanyak 20 kali untuk merakam foto dan video serta mengumpulkan bahagian kapal selam yang tenggelam.

Kapal penyelamat China juga dihantar untuk membantu usaha mengangkut kapal namun operasi itu bukan tugas yang mudah dan sangat berisiko, kata tentera Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini tiada mayat kru kapal selam itu dibawa keluar.

Dalam pada itu, menerusi laporan AFP, seorang ahli keluarga, Sudarmaji berharap usaha itu diteruskan agar dapat membawa keluar mayat anak kapal selam yang terkorban.

“Tidak kisah jika ia mengambil sedikit masa atau kita perlu meminta lebih banyak bantuan dari negara lain,” katanya sebelum pengumuman itu dibuat.

Anggota keluarga kru kapal selam KRI Nanggala 402 juga telah memberikan penghormatan terakhir dengan menabur kalungan bunga dan berdoa di lokasi kapal itu tenggelam pada 25 April di perairan Bali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!