Bapa tidak mengaku dera anak dua tahun

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia dua tahun, minggu lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia dua tahun, minggu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia dua tahun, minggu lalu.

Tarmizi Khairul Badri Abbas, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mendera anak lelakinya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di USJ19, Subang Jaya pada jam 5 petang, 26 Mei lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin.

"Tertuduh juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu tidak mendekati isteri dan mangsa serta melaporkan diri sekali sebulan di balai polis berhampiran," katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar ikat jamin diletakkan pada kadar minima kerana hanya menjadi 'suri rumah' menjaga anak di rumah.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Rihaida membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bersama seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan 4 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!