Buruh didakwa cederakan isteri guna kayu hoki

Che Ali (kanan) dikawal polis keluar dari lokap menuju ke bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagi berdepan tuduhan memukul isteri dengan kayu hoki.
Che Ali (kanan) dikawal polis keluar dari lokap menuju ke bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagi berdepan tuduhan memukul isteri dengan kayu hoki.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis terhadap dakwaan mencederakan isterinya dengan memukul mangsa menggunakan sebatang kayu hoki, bulan lalu.

Tertuduh, Che Ali Ariffin, 57, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Noor Azlinda Mohamed Zahari, 42, dengan menggunakan sebatang kayu hoki di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Kemasin, Bachok pada jam 7.30 pagi, 27 Mei lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak diberikan diikat jamin.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menetapkan sebutan kes pada 5 Julai depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!