90 peratus ahli Mabopa belum terima surat lulus operasi

Mabopa dalam satu kenyataan pada Khamis menzahirkan kebimbangan ekoran 90 peratus ahlinya masih belum terima surat kelulusan operasi kedai buku dalam talian.
Mabopa dalam satu kenyataan pada Khamis menzahirkan kebimbangan ekoran 90 peratus ahlinya masih belum terima surat kelulusan operasi kedai buku dalam talian.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebahagian besar penerbit buku yang menjalankan operasi jualan buku secara e-commerce berkemungkinan terpaksa menghentikan jualan esok kerana masih belum menerima surat kebenaran beroperasi daripada Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) menzahirkan kekhuatiran itu dan memohon perhatian kerajaan bagi menangani masalah tersebut.

Menurut Mabopa, sebahagian besar ahli masih belum menerima surat kelulusan operasi seperti yang diperlukan.

"Dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh ini, semua kedai buku fizikal ditutup. Oleh itu, para penerbit buku menjalankan jualan buku secara e-commerce dan jualan edisi ebook, sepertimana yang telah dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP).

"(Namun) sehingga jam 4 petang ini, dianggarkan 90 peratus penerbit yang terlibat dalam jualan e-commerce masih menunggu surat ini.

"Tanpa surat ini, operasi jualan e-commerce buku akan terhenti esok. Kami memohon perhatian pihak kerajaan dalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Mabopa, kedai-kedai buku dalam talian daripada penerbit terlibat boleh didapati dari laman web bookfair.mabopa.com.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!