Semoga Harimau Malaya menang malam ini: PM

Skuad Harimau Malaya akan menentang UAE pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai.
Skuad Harimau Malaya akan menentang UAE pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai.
A
A
A

MERASAI kehangatan perlawanan Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tengah malam ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada perjuangan skuad kebangsaan itu.

Skuad Harimau Malaya akan menentang UAE pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya malam ini, Muhyiddin menyeru rakyat Malaysia mengiringi perjuangan skuad kebangsaan dengan sokongan dan doa.

“Dengan kebolehan yang ada, semoga Harimau Malaya menang malam ini, insya-ALLAH,” katanya.

Setelah hampir enam tahun, pasukan negara kembali semula ke UAE buat pertama kali selepas Malaysia mengalami kekalahan besar 0-10 kepada skuad tuan rumah dalam kempen kelayakan lepas di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, pada September 2015.

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe kini berada di kedudukan kedua Kumpulan G selepas mengutip sembilan mata, dibezakan dua mata di belakang pendahulu Vietnam, sementara Thailand ketiga (lapan mata), diikuti UAE keempat (enam mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.

Malaysia yang perlu menjuarai Kumpulan G untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 akan menamatkan baki saingan kumpulan berdepan Vietnam dan Thailand masing-masing pada 11 dan 15 Jun di Dubai.

Sepak mula aksi UAE menentang skuad kebangsaan dijadual pada 12:45 tengah malam ini (waktu Malaysia). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!