Lima rumah setinggan terbakar
KUALA LUMPUR - Sebanyak lima rumah setinggan berhampiran Sekolah Rendah Agama Segambut Dalam, Jalan Segambut, Kampung Segambut di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi.
Menurutnya, seramai 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan Jinjang.
"Komander operasi memaklumkan sebaik sampai di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan lima rumah setinggan berkeluasan 1,800 kaki persegi dianggarkan 50 peratus terbakar.
"Api berjaya dikawal jam 7.55 pagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!