Tiga bot nelayan tempatan ditahan langgar syarat sah lesen

Salah sebuah bot nelayan yang ditahan selepas didapati melanggar syarat sah lesen ketika melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang. - Foto Maritim Perak
Salah sebuah bot nelayan yang ditahan selepas didapati melanggar syarat sah lesen ketika melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang. - Foto Maritim Perak
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan tiga bot nelayan tempatan yang dikesan melanggar syarat sah lesen di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, di sini pada Khamis.

Kesemua bot yang dikendalikan enam kru ditahan dalam rondaan Op Benteng dan Op Pintas di sempadan perairan negeri itu sekitar jam 7 pagi.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan lelaki berusia 30 hingga 65 tahun itu dilakukan ketika mereka melakukan aktiviti perikanan.

"Bot-bot kelas B itu melakukan aktiviti perikanan dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan.

"Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 5 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, hasil tangkapan dianggarkan seberat 30 kilogram dirampas dan kru terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

"Mereka dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

"Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Perak 05 - 683 8737," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!