Mancini cipta kejutan senaraikan pemain muda ke Euro 2020

Raspadori
Raspadori
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini membuat keputusan mengejut dengan menyenaraikan bintang muda Sassuolo, Giacomo Raspadori dalam senarai pemain bagi aksi Euro 2020, Jun ini.

Menurut Mancini, biarpun tindakannya itu kini menjadi bualan hangat di negara berkenaan, namun dia percaya pemain berusia 21 tahun itu mampu memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya.

“Dia (Raspadori), adalah bintang masa depan skuad kebangsaan Itali. Dia memiliki kemampuan serta kualiti yang luar biasa.

“Oleh itu, saya berharap dia akan menjadi seperti Paolo Rossi tetapi saya bukannya membawa dia bersama pasukan kebangsaan untuk itu.

“Saya membawanya hanya kerana bagi saya dia sememangnya mempunyai kualiti yang diperlukan oleh skuad Azzuri itu pada masa akan datang,” katanya.

Secara keseluruhannya, panggilan untuk Raspadori itu dilihat mempunyai persamaan dengan Rossi (Paulo) yang menjaringkan tiga gol pada debutnya di Piala Dunia 1978 dan memenangi anugerah kasut emas empat tahun berikutnya (1982) dengam Itali muncul juara Piala Dunia.

Itali bakal berdepan Turki pada aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2020 pada 11 Jun, Switzerland (16 Jun) dan Wales (20 Jun).

Dalam pada itu Mancini turut kehilangan beberapa tonggak seperti Marco Verratti, Lorenzo Pellegrini serta Jorginho yang masih dibelenggu kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Mancini menegaskan, pihaknya sedang menilai tahap kecergasan Raspadori bagi memastikan pemain berkenaan benar-benar bersedia untuk beraksi.

“Kita membuat keputusan untuk memanggilnya, berikutan aksi hebatnya dalam saingan Serie A setakat ini selain berdasarkan kepada kemahiran teknikal yang dimilikinya.

“Oleh itu, diharapkan agar kemahiran itu bakal berterusan pada saingan sebenar nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!