Pemandu lori didakwa curi 68 barang

Sarawanan mengaku tidak bersalah mencuri pelbagai barangan bernilai RM1,720, hari ini
Sarawanan mengaku tidak bersalah mencuri pelbagai barangan bernilai RM1,720, hari ini
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang bapa kepada bayi berusia dua bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencuri barang bernilai RM1,720 di sebuah pasar raya, dua minggu lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori, M Sarawanan, 35, membuat pengakuan sebaik sahaja pertuduhan membabitkan 68 barangan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Tertuduh didakwa mencuri 68 jenis barang termasuk pakaian bayi, lampin pakai buang, botol susu dan pakaian bayi jenama Tollyjoy di Aeon Bandaraya jam 10.45 malam pada 5 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam T Gajendran merayu jumlah wang jaminan itu dikurangkan dengan alasan perlu menanggung seorang isteri dan tiga anak termasuk seorang bayi berusia 2 bulan.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan Sarawanan diikat jamin RM3,000 selain menetapkan 18 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!