Agensi KPLB tawar lima inisiatif kurangkan impak PKP

 Dr Abdul Latiff Ahmad
Dr Abdul Latiff Ahmad
A
A
A

PUTRAJAYA - Lima agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menawarkan lima inisiatif bagi mengurangkan kesan dan impak kepada kumpulan sasar susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataan berkata, inisiatif tersebut merangkumi pengecualian bayaran premis perniagaan, penangguhan bayaran sewa rumah, pengecualian bayaran sewa tanah, penangguhan bayaran balik pinjaman dan penstrukturan semula serta memperluas program keusahawanan di agensi.

"Jumlah keseluruhan implikasi kewangan melibatkan lima agensi adalah sebanyak RM7,590,650.60," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, agensi terlibat adalah Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) Pulau Pinang (Perda), Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Dianggarkan 3,526 orang usahawan, penyewa dan peminjam menerima manfaat tersebut," katanya.

Beliau berkata, KPLB sentiasa berusaha untuk membantu usahawan dan mereka yang terjejas di bawah agensi-agensi KPLB.

"Penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan arahan PKP 3.0 telah memberi kesan langsung kepada golongan sasar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!