Tentera Somalia dakwa bunuh 70 militan Shahab

Tentera Somalia (SNA) mendakwa unit pasukan khasnya membunuh 70 militan Shabab.
Tentera Somalia (SNA) mendakwa unit pasukan khasnya membunuh 70 militan Shabab.
A
A
A

MOGADISHU - Tentera Somalia (SNA) mendakwa unit pasukan khasnya membunuh 70 militan Shabab dan mencederakan beberapa yang lain pada Khamis berhampiran Jowhar, sebuah bandar di wilayah Shabelle, lapor Xinhua.

Jurucakap tentera, Ali Hashi memberitahu SNA Radio Mogadishu tentera juga membebaskan beberapa kawasan dalam operasi yang masih berterusan itu.

"Kami membunuh 70 militan Shabab, termasuk dua komander kanan dan mencederakan beberapa yang lain dalam operasi memerangi pengganas berhampiran bandar Jowhar," katanya.

Operasi itu dilakukan ketika Perdana Menteri Somalia, Mohamed Hussein Roble melakukan lawatan sehari ke bandar Jowhar untuk melihat situasi kemanusiaan di sana. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!