AS kutuk pesawat China terbang di ruang udara Malaysia

Gambar fail menunjukkan sebuah pesawat tentera China, IIyushin Il-76 yang didakwa terbang di ruang udara Malaysia. - Foto TUDM
Gambar fail menunjukkan sebuah pesawat tentera China, IIyushin Il-76 yang didakwa terbang di ruang udara Malaysia. - Foto TUDM
A
A
A

SYDNEY - Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Pasifik pada Jumaat mengutuk tindakan pesawat-pesawat tentera China terbang di luar perairan pantai Malaysia dan Taiwan dan menganggapnya sebagai satu tindakan yang akan meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.

Komander tentera AS itu, Jeneral Kenneth Wilsbach berkata, aktiviti-aktiviti itu dan peningkatan pencerobohan zon pertahanan udara Taiwan menambahkan lagi senarai aktiviti China melakukan aktiviti yang boleh menjadikan rantau tersebut sebagai tidak stabil.

"Kami silap melakukan tanggapan di sekitar rantau itu apabila aktiviti-aktiviti seperti itu berlaku," katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Pada 1 Jun lalu, sebanyak 16 pesawat tentera China dikesan terbang pada ketinggian lebih 7,000 meter dan lebih 8,000 meter dengan kelajuan 290 knot melalui Singapura sebelum memasuki ruang udara serta Kota Kinabalu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dilaporkan berkata, pesawat itu seterusnya terbang dan menghala 60 batu nautika daripada pesisiran pantai wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Ackbal turut dilaporkan berkata bahawa TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 petang untuk melakukan identiti visual dan mengenal pasti pesawat-pesawat tentera China itu ialah daripada jenis IIyushin Il-76 dan pesawat Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan boleh melakukan pelbagsi misi.

Justeru, pada 2 Jun lalu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan pesawat tersebut sebagai satu pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia dan Putrajaya akan menghantar nota bantahan.

Bagaimanapun, Kedutaan China di Kuala Lumpur kemudian menafikan China menceroboh ruang udara Malaysia sebaliknya berkata, pesawat-pesawat tersebut hanya melakukan rutin latihan penerbangan selain mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!