Ingat macam mana mami ajar solat : Lana Nodin
MELENTUR buluh dari rebung, peribahasa ini sesuai menggambarkan pelakon Lana Nodin sedang mengajar anaknya, Gia Quinn McKienzie solat.
Video rakaman pendek berserta beberapa foto diabadikan di laman sosial itu menarik perhatian umum sekali gus memuji peranan Lana sebagai ibu.
"Kita solat untuk adik Billy ya... Ingat macam mana mami ajar? Tangan macam ini... dekat di dalam," jelas Lana sambil menunjukkan ajar solat.
Sementara itu, pada perkongsian rakaman video kilp akhir, pelakon berusia 40 tahun itu mengajar anaknya yang berusia tiga tahun membaca doa Al-Fatihah dan mengucap kalimat syahadah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!