Tak usah tiup trompet!

Program vaksinasi Covid-19.
Program vaksinasi Covid-19.
A
A
A

DUA hari lepas Khairy Jamaluddin (KJ) umumkan kita dah atasi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam dalam soal vaksinasi.

Nasihat Awang pada KJ, tak usah syok sendiri cepat sangat.

Memang kita boleh bandingkan dengan negara yang disebutkannya, tapi tengoklah dari segi jumlah jangkitan selain prasarana dan kemampuan teknologi mereka. Kenapa tak banding dengan Singapura?

KJ patutnya tengok masalah yang dihadapi oleh rakyat pada peringkat bawahan terutamanya warga emas di luar bandar.

Mereka tidak ada telefon pintar untuk daftar, terpaksalah bergantung pada anak cucu atau anak saudara yang duduk di bandar.

Tak bolehkah KJ gerakkan jentera partinya sendiri buat pendaftaran untuk mereka dan bawa mereka ke pusat vaksinasi?

Parti lain boleh ikut sama. Masa pilihan raya bukan main lagi, seorang pengundi yang tenat pun diseret ke pusat mengundi.

Khabarnya ada ilmu alih dan ilmu ghaib dalam MySejahtera.

Artikel Berkaitan:

Orang di Pulau Pinang dihantar ke pusat vaksinasi di Kuala Lumpur, yang di Kedah dihantar ke Subang Jaya, yang di Klang dapat di Johor.

Apa halnya? Lepas itu ada pula nama yang pagi dalam senarai petang hilang.

Bila telefon pusat vaksinasi diberitahu: “Nama anda tidak ada dalam senarai pendaftaran!”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!