Food delivery penyelamat ‘nyawa’ kedai makan

Zakaria yang sudah berniaga selama 14 tahun itu berkata, tidak salah jika peniaga berubah arah sepertinya yang bermula dengan berniaga baju di Cheras namun bertukar kepada perniagaan gerai makanan akibat kurang sambutan terutamanya semasa musim PKP.
Zakaria yang sudah berniaga selama 14 tahun itu berkata, tidak salah jika peniaga berubah arah sepertinya yang bermula dengan berniaga baju di Cheras namun bertukar kepada perniagaan gerai makanan akibat kurang sambutan terutamanya semasa musim PKP.
A
A
A

SHAH ALAM - Peniaga perlu melupakan sementara kaedah meniaga secara konvensional jika mahu terus bernafas ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Pengurus restoran nasi kukus di Kampung Melayu Subang, Diyana Husna Azmi, 25, berkata, sekiranya peniaga mahupun penjaja tidak bergerak seiring perkembangan teknologi, mereka akan berdepan dengan lebih kesulitan kerana pandemik Covid-19 ini telah mengubah landskap atau corak perniagaan hari ini.

Tidak mahu menanggung rugi berpanjangan, Diyana menjelaskan, restorannya kini terus memperluaskan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan semenjak perniagaannya terkesan akibat virus pembunuh itu tahun lalu.“Kedai mula terkesan dan jualan makanan menurun apabila pelanggan tidak dibenarkan makan dan minum di kedai.

“Kami dapat mengatasi masalah ini dengan mengambil langkah yang paling sesuai oleh peniaga ketika ini iaitu membuat pesanan take away dan menghantar makanan dengan kerjasama syarikat penghantar makanan. Ia sangat membantu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Kata Diyana, kehadiran pelanggan berkurangan ketika pelaksanaan total lockdown ini kerana tempoh perniagaan dihadkan.

“Kedai kami biasanya dibuka seawal jam 6 pagi untuk membolehkan pekerja yang bekerja awal pagi membeli sarapan. “Apabila masa operasi kedai dialihkan jam 8 pagi, pelanggan berkurangan dan terpaksa beratur panjang untuk menunggu kedai dibuka,” katanya.

Bagi penjual nasi di Ampang, Zakaria Ellan, 67, selepas tiga hari pelaksanaan PKP 3.0 yang bermula pada Selasa, kesulitan yang dihadapi ialah harga barang mentah yang turun naik.“Cabaran total lockdown bagi saya ialah dari segi harga barang yang turun naik. Saya berharap kerajaan boleh lebih peka untuk menyelaraskan harga barangan terutama bahan mentah agar peniaga boleh menghitung perbelanjaan harian secara terperinci.

“Apabila harga barang stabil, peniaga tidak runsing untuk meletakkan harga makanan yang dijual sama ada tinggi atau rendah dan sesuai dengan harga pasaran,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Restoran Nasi Kukus Papa, Shah Alam, yang terkesan dengan pelaksanaan SOP terbaru di mana kedai makan hanya beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam.
Restoran Nasi Kukus Papa, Shah Alam, yang terkesan dengan pelaksanaan SOP terbaru di mana kedai makan hanya beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam.

Memudahcara

Sementara itu, Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah yang diambil oleh peniaga dalam merevolusikan corak perniagaan mereka ketika zaman pandemik ini wajar dipuji.

Beliau berkata, dengan cara menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan akan memudahkan banyak pihak terutama mereka yang tidak keluar rumah, selain ia pendapatan berterusan buat peniaga.

“Ramai peniaga kecil yang terkesan dengan perniagaan semasa lockdown kerana pelanggan tidak dapat makan di gerai. Jadi dengan adanya food delivery ini, ia akan memudahkan banyak pihak.

“Penghantaran makanan menjadi keutamaan mereka yang sibuk bekerja dan tidak memasak di rumah,” katanya.

Yusof juga mencadangkan kerajaan meneruskan bantuan khas terhadap peniaga kecil yang terkesan semasa PKP 3.0.

“Selain bantuan pendapatan untuk golongan B40 dan M40, perlu ada bantuan khusus untuk kelangsungan peniaga kecil yang terjejas terutamanya jika lockdown berpanjangan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!