Facebook gantung akaun Donald Trump dua tahun
SAN FRANCISCO - Facebook pada Jumaat telah menggantung akaun bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk tempoh dua tahun sehingga Januari 2023.
Laman sosial berkenaan telah menggantung akaun Trump pada 7 Januari lalu iaitu sehari selepas rusuhan di bangunan Capitol AS pada 6 Januari apabila beliau dikatakan berperanan menghasut keganasan sehingga mencetuskan insiden rusuhan terbabit.
Naib Presiden Hal Ehwal Global Facebook, Nick Clegg berkata, tindakan diambil pihaknya berikutan apa yang dilakukan oleh Trump sehingga menyebabkan insiden serangan penyokongnya itu sebagai serius.
"Berdasarkan keadaan serius sehingga menyebabkan penggantungan terhadap Trump, kami percaya tindakannya merupakan pelanggaran terhadap peraturan kami yang wajar dikenakan penalti maksimum di bawah penguatkuasaan protokol baharu," katanya Clegg dalam hantarannya.
Trump dalam satu kenyataan mengkritik keputusan itu sebagai bentuk penghinaan terhadap pengundinya.
Bagaimanapun, penggantungan Tump bermakna beliau mungkin dapat kembali ke Facebook sebelum Pilihan Raya Presiden berikutnya pada akhir 2024.
Selain Facebook, laman Twitter juga turut menggantung akaun Trump. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!