Disangka alat mainan, rupanya bom

Bom mortar yang ditemui dua remaja di pesisiran pantai di Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas pada Jumaat.
Bom mortar yang ditemui dua remaja di pesisiran pantai di Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas pada Jumaat.
A
A
A

KEPALA BATAS - Dua remaja terperanjat apabila menyangka alat mainan yang dijumpai di pesisiran pantai di Kuala Muda, Penaga, di sini merupakan sebutir bom.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian pada jam 1 tengah hari pada Jumaat, kedua-dua remaja berusia 14 tahun itu yang menunggang motosikal melalui kawasan pantai tersebut ketika ingin membeli ais ketul.

Bagaimanapun, mereka menyedari satu objek dalam keadaan tertanam separuh di dalam pasir sebelum mendekatinya.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya mengorek pasir dan membawa balik objek tersebut ke rumah salah seorang daripada mereka di Taman Desa Kuala Muda, di sini dan menunjukkannya kepada abang salah seorang daripada mereka kerana menyangka ia adalah alat permainan.

"Bagaimanapun, setelah mendapati ia bom sebenar, remaja tersebut membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati objek itu adalah sebutir bom jenis mortar berukuran sepanjang 30 sentimeter seberat tiga kilogram.

"Kes dipanjangkan ke Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan mendapati objek itu tiada bahan letupan.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga dipercayai digunakan untuk tujuan pembelajaran, namun objek itu dibawa balik ke Pangkalan UPB IPK Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!